KOTA BHARU, 2 September - Taklimat Pendidikan Pascasiswazah telah diadakan sempena Hari Terbuka UiTM Kampus Kota Bharu. Sesi taklimat disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian Siswazah, Dr. Haji Che Mohd Syaharuddin Che Cob yang menerangkan program-program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan.
Program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama koordinator setiap program, diikuti pembukaan kaunter khidmat konsultansi pendidikan untuk memberi penerangan lebih lanjut kepada pengunjung. Penyertaan melibatkan pelbagai latar belakang serta wakil agensi yang turut hadir, sekali gus memperlihatkan sambutan positif terhadap usaha UiTM dalam mempromosikan peluang pendidikan pascasiswazah.
Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah

