MACHANG, 2 September - Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Teaching & Learning Publication: A Beginner Guide dengan jayanya pada 27 Ogos 2025, bertempat di HRD-A, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Bengkel ini berjaya menarik penyertaan seramai lebih kurang 40 orang pensyarah dari beberapa fakulti iaitu, Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), Fakulti Sains Maklumat (FSM), Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), dan Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dr. Suriana Alias, selaku Ketua Pusat Pengajian (KPP), Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Maklumat. Penceramah jemputan bengkel ini adalah Prof. Madya Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain dan juga Prof. Madya Dr. Noorihan Abdul Rahman yang merupakan pensyarah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang penyelidikan, penulisan dan juga penerbitan.
Bengkel ini diadakan untuk mengalakkan aktiviti penghasilan artikel yang berkualiti serta mampu diterbitkan di jurnal berindeks berfokuskan pengajaran dan pembelajaran (PnP). Melalui bengkel ini juga, ia dapat mengalakkan pemikiran positif bagi membolehkan pensyarah meneroka idea dan metodologi baharu seterusnya menyumbang kepada kemajuan akademik.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel seperti ini, ianya dapat menaikkan semangat para pensyarah UiTM Cawangan Kelantan dalam menerbitkan artikel berindeks, sekali gus memperkukuhkan budaya penyelidikan serta penulisan yang konsisten di peringkat universiti.
Penyedia Laporan:
Puan Asiah Mat
Setiausaha
Bengkel Teaching & Learning Publication: A Beginner Guide

