Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh IQA-02 ‘Doctor in Business Administration’ (AA902)

KOTA BHARU, 23 Jun - Pada 18 dan 19 Jun 2025, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu telah menerima kunjungan dari panel Audit Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Doctor in Business Administration (DBA). Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian dalaman oleh Institut Kualiti dan Akreditasi (InQKA) UiTM untuk memastikan program DBA yang ditawarkan memenuhi standard akademik dan keperluan semasa industri.

Program lawatan selama dua hari ini dimulakan dengan sesi pembukaan dan ucapan aluan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani diikuti pembentangan oleh Ketua Akreditasi InQKA, Ts. Linda Abd. Hamid. Seterusnya, sesi temubual turut dijalankan bersama Jawatankuasa Jaminan Kualiti, pengurusan program DBA, pensyarah-pensyarah serta pelajar dari kohort pertama dan pelajar semasa.

Lawatan turut meliputi sesi penilaian fasiliti pembelajaran dan kemudahan penyelidikan di kampus bagi memastikan segala prasarana menyokong keperluan program di peringkat kedoktoran ini.

Majlis penutup rasmi telah berlangsung pada 19 Jun 2025, menandakan tamatnya proses penilaian ini. Secara keseluruhan, lawatan audit ini berjalan lancar dan mencapai matlamat dalam usaha penambahbaikan berterusan demi kecemerlangan program DBA UiTM.

#UiTMdiHatiku #AkreditasiDBA #InQKA #UiTMKelantan #ExcellenceInEducation

Penyedia Laporan:
Encik Mohammad Syahrul Ashraff Suhaidi
Pegawai Eksekutif
Pusat Pengajian Siswazah
UiTM Kampus Kota Bharu