KAJANG, 29 Mei – Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan telah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Foodbank Malaysia di dalam menjayakan operasi Dapur HEP di semua kolej kediaman UiTM Cawangan Kelantan.
Kerjasama awal melibatkan agihan sumbangan sebanyak 500 pek makanan sejuk beku, makanan kering dan air minuman. Sumbangan ini akan diedarkan ke semua kemudahan Dapur HEP untuk keperluan pelajar B40 dan pelajar yang memerlukan.
Terima kasih diucapkan buat Yayasan Foodbank Malaysia yang telah sudi bekerjasama dengan UiTM Cawangan Kelantan dalam menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan bagi memenuhi perancangan strategik kampus dan agenda kebajikan pelajar UiTM Cawangan Kelantan.
Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar