MACHANG, 12 Februari – Semangat kebersamaan dan sukarela jelas terpancar dalam program gotong-royong siri ke-2 bagi menyiapkan Surau Kompleks Sukan B, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.
Bermula seawal jam 8:00 pagi, seramai lebih kurang 18 orang staf UiTM Cawangan Kelantan berganding bahu melaksanakan kerja-kerja meratakan tanah, mengangkat bata dan pasir bagi memastikan surau ini dapat digunakan menjelang semester baharu.
Turut bersama turun padang ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, serta Jurutera Kanan UiTM Cawangan Kelantan, Encik Mohd Mawardi Ashari, yang sama-sama menyumbangkan tenaga dalam usaha murni ini.
Projek pembinaan surau ini merupakan inisiatif Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi menambah baik kemudahan sukan di kampus, membolehkan pelajar dan staf menunaikan solat dengan lebih selesa tanpa perlu meninggalkan kawasan kompleks sukan.
Dengan usaha gigih daripada semua pihak, projek ini dijangka siap sepenuhnya sebelum semester baharu bermula, memberi manfaat yang besar kepada seluruh komuniti kampus.
Penyedia Laporan:
Encik Syawalul Imran Yusoff
Pembantu Sukan Kanan
Unit Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar