Program 'Brisk Walking' bersama Penolong Rektor (Kampus Kota Bharu)

KOTA BHARU, 13 Februari - Unit Sukan dengan kerjasama Unit Pentadbiran Am Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Program 'Brisk Walking' bersama Penolong Rektor (Kampus Kota Bharu) pada 6 Februari 2025.

Program bermula jam 8:00 pagi hingga 9:30 pagi dan diadakan di sekitar kampus dengan jarak sejauh 3 km. Program dimulakan dengan Sesi Senaman Ringan oleh Encik Mohd Khushairi Ismail, Pembantu Belia & Sukan Kanan.  Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga kampus dengan penyertaan seramai 65 orang staf UiTM Kampus Kota Bharu yang terdiri daripada pensyarah, staf bukan akademik dan juga beberapa orang pelajar.  Penyertaan dalam program ini juga akan direkodkan dalam jam latihan staf.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan diri, mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti, mengurangkan stres dalam kalangan staf dan juga bagi mengaktifkan gaya hidup yang sihat.

Program ‘Brisk Walking' ini telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) untuk diadakan sepanjang tahun 2025 bermula bulan Januari hingga Disember 2025. Semoga program ini akan dapat membantu setiap warga kampus untuk mengubah cara hidup yang lebih aktif, produktif dan sihat.

Penyedia Laporan:
Cik Che Surmaiza Yaacob
Pegawai Eksekutif Kanan
UiTM Kampus Kota Bharu