MACHANG, 3 Oktober - Jabatan Sains Komputer UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Bengkel Penerbitan dan Inovasi (PnP) dengan jayanya pada 26 Ogos 2024, bertempat di HRD A, UiTM Cawangan Kelantan. Bengkel ini berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang pensyarah dan ianya bertujuan untuk meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berkaitan penerbitan dan juga inovasi.
Dalam bengkel ini, peserta diberikan pendedahan tentang cara menggalakkan penyelidikan serta menghasilkan artikel berkualiti yang mampu diterbitkan di jurnal berindeks. Penceramah jemputan bengkel ini, Prof. Madya Dr. Zuriani Ahmad Zulkarnain dan Prof. Madya Dr. Noorihan Abdul Rahman merupakan pakar dalam bidang penulisan dan juga inovasi.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel seperti ini, ianya dapat menaikkan semangat dan mendorong pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan Kelantan untuk menerbitkan artikel dalam jurnal berindeks, sekali gus memperkukuhkan budaya penyelidikan di peringkat universiti.
Penyedia Laporan:
Dr. Ainul Azila Che Fauzi
Setiausaha
Bengkel Penerbitan dan Inovasi (PnP)