Bengkel 'Expert Session on AI: Explore Big Data Forecasting, Complex Model Governing and Its Performance Measurement'

MACHANG, 26 September - Bengkel ‘Expert Session on AI: Explore Big Data Forecasting, Complex Model Governing and Its Performance Measurement’ telah diadakan dengan jayanya pada 23 September 2024 bertempat di HRD (A) UiTM Cawangan Kelantan. Bengkel ini yang merupakan anjuran Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA) merupakan antara usaha pihak RMU bagi membudayakan penyelidikan di UiTM Cawangan Kelantan dengan memberi pendedahan kepada teknik-teknik terbaru dalam penyelidikan menggunakan Artificial Intelligence (AI). Penceramah jemputan bengkel ini iaitu Prof. Madya Dr. Norma Alias adalah merupakan salah seorang pakar dalam bidang tersebut dan beliau telah berkongsi pelbagai teknik penggunaan AI dalam pelbagai jenis bidang penyelidikan sama ada sains sosial mahupun sains teknologi. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor BPJIA, Dr. Norzieha Mustapha dan ditutup oleh Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Koordinator RMU.

Penyedia laporan:
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator Unit Pengurusan Penyelidikan 
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni
UiTM Cawangan Kelantan