Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Kelantan

Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Kelantan selaku rakan kolaborasi strategik Jabatan Pendidikan Kelantan akan berkolaborasi menganjurkan Pertandingan STEM 2024 Peringkat Negeri Kelantan. Penyertaan adalah seramai  lebih 2000 orang pelajar dari sekolah-sekolah seluruh Negeri Kelantan. Pertandingan dijangka bermula pada jam 9:00 pagi dan akan  bertumpu di Blok D. Namun ada juga acara yang akan diadakan di Kompleks Sukan A. Antara pertandingan yang di adajan ialah Gami Code, Innovators for Tomorrow, Bridge Building Competition, Water Rocket Challenge, Drone Challenge, Robot Battle Challenge dan STEM Talent Show.