‘Guest Lecture’ di Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) oleh Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK)

SEMARANG, 16 Julai – Tahniah diucapkan kepada tiga orang pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan kerana telah dijemput untuk menyampaikan Guest Lecture di Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA).

Pensyarah-pensyarah tersebut adalah Dr. Mariam Setapa (Pengurusan Operasi), Dr. Mazlina Mamat (Pemasaran) dan Dr. Tismazammi Mustafa (Ekonomi) yang melibatkan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (S2) di UNISSULA. Sesi yang telah dijalankan adalah secara bersemuka.

Menerusi program Guest Lecture ini, perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran dari pensyarah terus kepada para pelajar di UNISSULA telah dijalankan dengan berkesan. Diharapkan agar sesi perkongsian ini dapat memberikan perspektif baharu buat pelajar dan juga para pensyarah dalam bidang masing-masing. Semoga sesi perkongsian seperti ini akan diperhebatkan lagi pada masa hadapan.

Penyedia Laporan:
Dr Tismazammi Mustafa
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Cawangan Kelantan