Pelantikan Sebagai Penguji Eksternal Viva-Voce Pelajar PhD (Pengurusan) Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA)

SEMARANG, 14 Julai - Dr. Mazlina Mamat, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan telah dilantik menjadi Penguji Eksternal bagi sesi Viva-Voce pelajar PhD dalam bidang pengurusan di UNISSULA. Pelajar tersebut adalah Hesti Widianti dan beliau telah membentangkan tesis yang bertajuk "Model Peningkatan Kinerja Sumber Daya Manusia Melalui Konsep MALAKAH KNOWLEDGE QUALITY: Pendekatan Praktek Manajemen Pengetahuan dan Identity Theory".

Tahniah diucapkan dari seluruh warga UiTMCK kepada Dr. Mazlina Mamat atas pelantikan tersebut. Semoga hasil dari perkongsian kepakaran ini membawa kebaikan dan manfaat untuk kedua-dua universiti.

Penyedia Laporan:
Dr. Mazlina Mamat
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Cawangan Kelantan