SEMARANG, 14 Julai – Enam orang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan telah dilantik menjadi panel penilai bagi pembentangan Final Year Project (FYP) pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Defense of Research Proposal (DRP) bagi pelajar Ijazah Sarjana di Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA), Indonesia. Pensyarah-pensyarah tersebut adalah:
- Dr. Azmahani Yaacob@Othman
- Dr. Azyanee Luqman
- Dr. Mariam Setapa
- Dr. Tismazammi Mustafa
- Dr. Julaina Baistaman
- Dr. Azwan Shah Aminuddin
Sesi pembentangan yang berlangsung secara selari telah dibahagikan mengikut bidang seperti Ekonomi, Pemasaran dan juga Pengurusan. Pelantikan ini merupakan satu penghargaan kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat kerana pelantikan ini secara tidak langsung telah mengiktiraf kepakaran mereka dalam bidang masing-masing.
Pelantikan sebagai panel penilai ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua universiti, selain meningkatkan mutu penulisan dan kajian para pelajar. Semoga kerjasama antara dua universiti ini akan terus dipergiatkan lagi pada masa hadapan dan kepakaran pensyarah-pensyarah UiTMCK khususnya akan terus diiktiraf di peringkat luar negara.
Penyedia Laporan:
Dr. Julaina Baistaman
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Cawangan Kelantan