Pengagihan Sajian Daging Korban dan Hasil Rewang Jawatankuasa Perwakilan Kolej & Non Residen

MACHANG, 20 Jun – Program ini merupakan anjuran Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dengan Kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) pada 17 Jun 2024 bertempat di Kolej Kediaman UiTM Cawangan Kelantan. Tujuan program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak pulang bercuti untuk meraikan perayaan Aidiladha dan sekaligus meningkatkan silaturahim dalam kalangan pelajar dan staf. Program ini juga dilaksanakan bagi mencapai beberapa objektif yang telah disenaraikan seperti menyuntik semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar, melahirkan pelajar yang kreatif serta mendidik dan memupuk semangat kerjasama mahasiswa dalam menjayakan sesuatu program. Program ini telah berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Program ini juga telah melibatkan seramai 20 sukarelawan pelajar bagi tujuan merewang menyiapkan hidangan makanan. Keunikan program ini yang cukup jelas membuktikan semangat sukarelawan dalam diri mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan apabila semua hidangan yang dihidangkan kepada 300 orang mahasiswa dimasak secara rewang. Hasil daripada rewang yang bermula pada 16 Mei ialah sebanyak 4 juadah hidangan dapat disediakan. Ini sekaligus secara tidak langsung dapat mempromosikan nama cawangan serta menaikkan nama UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Residensi & Hospitliti Pelajar
UiTM Cawangan Kelantan