Tempat Kedua Pertandingan Cabaran Troli Pengguna 2024 Anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

MACHANG, 20 Jun - Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM cawangan Kelantan telah dijemput untuk menyertai pertandingan cabaran troli pengguna yang diadakan sempena KARNIVAL KPDN pada 7 Jun 2024 ZON TIMUR. Pada kali ini, GPS UiTMCK telah menghantar dua kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli bagi setiap kumpulan. Pertandingan ini diadakan di pasar raya AEON MALL KOTA BHARU dan Program ini dibawah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Pertandingan pada kali ini membawa cabaran yang pelbagai dengan menguji para peserta berkenaan barang-barang yang dikawal selia oleh KPDN, makanan halal dari negara-negara lain serta perkara-perkara wajib yang perlu diketahui oleh pengguna mengenai sesebuah produk.

Untuk sesi cabaran kali ini, salah satu kumpulan dari UiTM Cawangan Kelantan, iaitu kumpulan “KESATRIA UiTMCK” diketuai oleh En. Mohd Hafiz Bin Zali (Penasihat GPS UiTMCK) telah berjaya meraih tempat Kedua. Pencapaian ini dengan secara langsung telah menaikkan nama Negeri Kelantan amnya dan UiTMCK khususnya. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali pada Majlis Perasmian Karnival KPDN 2024 Zon Timur yang bertempat di RTC Tunjung Kota Bharu, Kelantan.

Penyedia Laporan:
Saudara Mohamad Arif Mohd Adnan
Ahli Jawatankuasa
Kelab Gerakan Pengguna Siswa

UiTM Cawangan Kelantan