Perasmian Dapur HEP Kolej Tunku Abdul Rahman

MACHANG, 28 Mei - Dapur HEP adalah merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh para pelajar berkonsepkan penyediaan tempat memasak. Pelajar yang menetap di Kolej Kediaman layak untuk menggunakan kemudahan ini secara percuma.

Ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak  seperti pembakar roti, cerek elektrik, periuk nasi dan ketuhar gelombang mikro ini adalah sumbangan awal dari BHEP Shah Alam dan Yayasan Prihatin Nasional. Ia diwujudkan bagi membantu para pelajar menyediakan makanan mereka setiap hari memandangkan majoriti pelajar UiTM adalah berasal daripada keluarga B40 dan kurang berkemampuan, usaha seperti ini sudah tentu dapat memanfaatkan sebahagian besar penuntut UiTM.

Pihak BHEP mengalu-alukan sumbangan dari semua dalam memastikan kelangsungan projek ini untuk membantu meringankan beban pelajar.

Dapur HEP Kolej TAR ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi (Timbalan Naib Canselor HEP). Turut hadir ke program ini ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Pengurusan Eksekutif UiTMCK, barisan Majlis Perwakilan Pelajar/Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan semua staf yang terlibat.

Secara keseluruhannya, usaha seperti ini dapat membantu meringankan beban pelajar dan pada masa yang sama ia juga telah memberi peluang kepada mereka untuk lebih fokus dalam pembelajaran tanpa memikirkan status kewangan. Penambahbaikan akan terus dibuat dari semasa ke semasa.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Kelantan dan juga kepada Timbalan Rektor HEP atas idea dan sokongan bagi menjayakan pelaksanaan Dapur HEP ini.

Tahniah dan syabas juga kepada staf Pejabat Kolej Tunku Ab Rahman, Unit Non Residen dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej TAR, atas komitmen masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.

Penyedia laporan:
Puan Asmida Ahmad
Penolong Pengurus Asrama Kanan
Kolej Tunku Abdul Rahman