MACHANG, 19 Februari 2024 – Jawatankuasa Staf Residen Kolej dan Non Residen telah mengadakan program Kem Perkasa Diri bertempat di UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dari 17 Februari 2024 hingga 19 Februari 2024. Program ini terbuka kepada semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Kelantan dan ianya telah disertai oleh seramai 89 orang peserta. Kursus ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 5:00 petang.
Matlamat program ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan semangat kerja berpasukan, menambah baik pengurusan organisasi dan mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Dato Onn, Tun Dr. Mahathir dan Non Residen. Program juga bermatlamat untuk membantu mereka yang terlibat untuk memanfaatkan ilmu yang dipelajari serta mengembangkan lagi ilmu berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi kolej secara menyeluruh.
Program ini dihadiri oleh Staf Residen Kolej UiTM Cawangan Kelantan, dari Kolej Tun Dr. Mahathir staf yang hadir adalah Cik Ruhayu Nurdin, Puan Hajar Che Ya dan Encik Edy Faizal Ramli; dari Kolej Dato Onn iaitu Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah, Encik Mat Shayuti Mokhtar dan Encik Mohd Ismarisham Ismail; dari kolej Tun Hussein Onn iaitu Encik Wan Mohd Firdaus, Encik Faiz Iskandah, Encik Mohd Taufik Amir dan Puan Wan Salwana; dari kolej Tun Abdul Razak iaitu Puan Ummu Aiman, Encik Norish Hasmi Awang; dari kolej Tunku Abdul Rahman iaitu Dr. Mohd Miqdad Aswad dan Encik Ahmad Khairuddin; manakala dari Non Residen pula ialah Encik Faizal Bahari.
Peserta Kem Perkasa Diri telah menampilkan semangat kerjasama yang erat dengan mengikuti segala aktiviti-aktiviti yang disediakan dengan penuh dedikasi dan semangat. Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi amat terharu dan berbangga kerana Jawatankuasa Staf Residen Kolej dan Non Residen berjaya mengadakan program KPD siri Kedua Belas dan terharu dengan semangat peserta yang telah mengikuti program ini. Manakala, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli yang turut hadir dalam majlis Program KPD Kedua Belas ini juga berharap agar lebih banyak lagi program berlandaskan matlamat pemerkasaan Jawatankuasa Perwakilan Kolej dapat dibuat pada masa akan datang. Banyak pengisian yang telah diberikan oleh Encik Faiz Iskandah selaku Ketua Fasilitator, dibantu oleh Encik Mohd Taufik Amir iaitu dari segi sesi ceramah sehingga sesi amali. Semua peserta diberikan peluang untuk belajar menjadi seorang JPK yang lebih baik. Semoga amalan dan ilmu yang dipelajari sepanjang perjalanan program dapat diterjemahkan untuk kebaikan bersama di UiTM Cawangan kelantan.