Karnival Kerjaya dan Makanan 2023

KOTA BHARU, 15 Januari - Persatuan EconBiz (Economic Business) UiTM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan program Karnival Kerjaya dan Makanan 2023. Program ini dijalankan selama empat (4) hari bermula 21 Disember 2023 sehingga 24 Disember 2023 bertempat di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. Program ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM.

Matlamat program ini adalah untuk memperkasakan peranan mahasiswa, memberi pendedahan kepada mahasiswa dan masyarakat sekitar Kota Bharu tentang peluang pekerjaan dan alam kerjaya. Tambahan lagi, program ini juga telah memberi peluang buat UiTM Cawangan Kelantan untuk menjalinkan jaringan industri dan komuniti bersama industri dan masyarakat di sekitar Kota Bharu. Selain itu, program pada kali ini telah memperkenalkan budaya warisan negeri Kelantan serta memberi pengalaman dan menambah pengetahuan mahasiswa dalam berinteraksi dengan masyarakat.

Terdapat beberapa subprogram yang dijalankan seiring dengan Karnival Kerjaya dan Makanan 2023, antaranya UiTM X Street Food Festival 2023, Karnival Kerjaya, Ceramah Kerohanian oleh PU Amin, Malam Kesenian, Ceramah Motivasi oleh Encik Asyraf Khalid, Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna, Kempen Derma Darah, Taklimat My Future Job oleh pihak PERKESO, Taklimat Kesedaran Scammer oleh wakil dari IPK Kota Bharu dan Taklimat Penyalahgunaan Dadah oleh wakil AADK Kota Bharu.

Semoga program ini memberi impak yang inklusif kepada mahasiswa, industri yang terlibat dan masyarakat di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Kelantan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Unit Fasiliti Kota Bharu, Unit Kesihatan, Penasihat Program, Pengarah Program, Penyelaras Program dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menyokong dan menjayakan program ini.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Penasihat
Program Karnival Kerjaya dan Makanan 2023