Karnival Kerjaya Dan Makanan Malaysia 2023

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani.
Salam UiTM Dihatiku,

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

AKAN DATANG!! KARNIVAL KERJAYA DAN MAKANAN MALAYSIA 2023

📣Anda ingin mencari kerja atau mencari peluang pekerjaan yang lebih baik? Ataupun anda adalah seorang graduan universiti tapi masih menganggur kerana anda merasa "susohnya nok cari kijo? Jadi mari ambo nok oyak ko semua ore Kelate!" Pihak UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu akan mengadakan Karnival Kerjaya dan Makanan Malaysia 2023.

📣Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang peluang pekerjaan kepada pelajar dan masyarakat sekitar Kelantan dengan lebih efisien.

📣Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang merancang untuk mula berdiet "tu ork semeta" sebab pihak UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu turut mengadakan Pesta Makanan di mana kami mengumpul vendor makanan viral dari seluruh Malaysia supaya anda dapat menikmati makanan viral yang anda biasa lihat di laman media sosial.
Di samping itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut kami sediakan bagi memeriahkan karnival ini, iaitu:

📌Karnival Kerjaya
📌 Karnival Makanan
📌 Ceramah Keagamaan dari PU Amin
📌 Inspirational Talk dari Asyraf Khalid
📌 Taklimat Perkeso, PDRM dan AADK
📌 Sukan Rakyat
📌 Autoshow Superbike
📌 Malam Kesenian dan Kebudayaan
📌 Pertunjukkan Seni Pertahanan Diri
📌 Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Butiran Program:
🗓 Tarikh : 21 - 24 Disember 2023 (Khamis - Ahad)
🕕 Masa : 8:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Malam
📍 Tempat : Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan


"Mari adik kakok abe semua pakat join karnival kito ni!" ✨

Sekian, terima kasih.

#creatingfutureeconomicsleader
#econbiz #econbizuitm #uitmdihatiku #uitmkb