Program Dialog Inspirasi Alumni UiTMCK

MACHANG, 06 November - UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Program Dialog Inspirasi Alumni UiTMCK. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTMCK, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli dan turut dihadiri oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) UiTMCK, Dr. Norzieha Mustapha serta Koordinator Unit Jaringan Industri, Komuniti & Alumni (ICAN) UiTMCK, Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff. Program ini telah disertai oleh 100 orang pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan berjaya menghimpunkan empat orang alumni UiTMCK yang telah berjaya membina nama dalam bidang masing-masing untuk turut berkongsi pengalaman. Terdapat empat slot perkongsian alumni yang dimulai dengan perkongsian dari saudara Mohd Badrul Insan Kauzi yang merupakan Pemilik Bad & Brew Jalan Sri Cemerlang, Pemilik BardGym & Pemilik Go Slim Kota Bharu dan perkongsian seterusnya bersama saudara Mohamad Afifi Ahmad, iaitu Pemilik AA Empire Mobile, Kopi Mesin dan Ayam Gepuk Pak Gembus KB. UiTM Cawangan Kelantan turut menjemput saudara Wan Abir Asyraf Wan Rahim iaitu Pengarah Urusan I-City Interior Design bagi berkongsi pengalaman sepanjang bergelar usahawan muda serta saudara Azidi Abdullah yang berjaya menempa nama dalam bidang pengacaraan radio serta merupakan Pengacara Radio Kelantan FM.

Penyedia Laporan:
Dr. Noorlida Daud
Penyelaras
Unit Jaringan Komuniti