Mesyuarat Agong Tri-Tahunan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Kelantan Kali Ke-30 Sesi 2023/2026

MACHANG, 28 Ogos - Dengan berlalunya Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM Cawangan Kelantan (KKUUiTMCK) 2023-2026 kali ke-30 pada 23 Ogos 2023, maka secara rasminya, kepimpinan KKUUiTMCK 2020-2023 telah dibubarkan kemudian digantikan dengan barisan kepimpinan yang baru.

Hasil AGM ke-30 ini telah menentukan kedudukan Jawatankuasa baru bagi barisan kepimpinan baru KKUUiTMCK sesi 2023-2026. Berikut adalah barisan jawatankuasa yang telah dilantik:

Pengerusi: Encik Abdullah Alif Mat Jusoh
Timbalan Pengerusi: Encik Mohammad Amir Taufiq Abu Hassan
Naib Pengerusi: Puan Janatun Naim A. Rahman

Setiausaha: Puan Rozilawati Harun
Penolong Setiausaha: Cik Zahidah Ab Samad

Bendahari: Encik Muhammad Amir Hamzah

AJK:
Encik Wan Mohd Rizal W Abd Rahman, Encik Mohammad Hamran Abdul Rahman, Encik Mohd Khairul Azly Zakaria, Encik Sabri Ahmad, Puan Salmi Junoh dan Puan Mohaizan Mohamad.

Semoga kepimpinan baru KKUUiTMCK dapat meneruskan misi memperjuangkan kebajikan ahli dari segi material, sosial, pendidikan atau sebaliknya dengan cara halal yang difikirkan munasabah.

AGM KKUUiTMCK ini telah dihadiri oleh Presiden KKU UiTM Tuan Hj Zulkifli Mohamed dan Delagasi Majlis Jawatankuasa Tertinggi KKUUiTM Induk Shah Alam. Timbalan Pengerusi Cuepacs Malaysia Merangkap Pengerusi Cuepacs Negeri Kelantan iaitu Encik Aminuddin Awang juga kita hadirkan ke AGM KKUUiTMCK kali ini. AGM KKUUiTMCK telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan UiTMCK Encik Hishamuddin Mohamad Twontawi. Seramai 117 Ahli telah hadir ke AGM kali ini.

Penyedia Laporan:
Puan Janatun Naim A. Rahman
Naib Pengerusi KKUUiTMCK