Aktiviti Kecergasan Polis Bantuan UiTMCK Kampus Kota Bharu

BESUT, 21 Ogos - Aktiviti kecergasan Polis Bantuan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu kali ini adalah mendaki Bukit Kluang di Besut, Terengganu pada 19 Ogos 2023, hari Sabtu. Aktiviti ini dijalankan bagi meningkatkan kecergasan dan stamina setiap staf Polis Bantuan Kampus Kota Bharu yang terlibat di samping menikmati keindahahan alam sekitar sepanjang aktiviti mendaki. Seramai 10 staf PB KB terlibat dalam aktiviti pada kali ini. Pendakian berjalan dengan lancar dan semua telah menamatkan pendakian dengan jayanya.

Penyedia laporan:
INSP/PB Raziyah Noruddin
Penolong Pegawai Keselamatan Kanan
Pejabat Polis Bantuan