Aktiviti Kecergasan Pejabat Polis Bantuan

MACHANG, 14 Ogos - Aktiviti Kecergasan Pejabat Polis Bantuan telah diadakan pada 10 Ogos 2023. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesihatan, kecergasan dan semangat kerja berpasukan di kalangan anggota polis bantuan. 

Perlawanan badminton persahabatan antara Polis Bantuan Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu bertempat di Dewan Badminton UiTMCK bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Polis Bantuan Kampus Machang telah memenangi perlawanan badminton dengan mata 2-0.
 
 
Penyedia Laporan:
Encik Mohd Razali Yusoff
Pegawai Keselamatan Kanan
Pejabat Polis Bantuan

Puan Norhayati Daraman
Pengawal Keselamatan Kanan
Pejabat Polis Bantuan