Kunjungan Hormat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ke UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 2 Ogos - Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Bin Husain, Pengerusi KADA Kelantan bersama 5 orang pegawai pada 1 Ogos 2023. Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal untuk membina kerjasama strategik antara universiti dan agensi industri makanan asas tani dalam usaha untuk memperkasakan sekuriti makanan negara terutamanya di negeri Kelantan. Pelbagai inisiatif telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Kelantan adalah hub sekuriti makanan negara.

Penyedia Laporan:
Dr. An Nur Nabila Ismail
Pensyarah Kanan