Program Khidmat Masyarakat Universiti (USR), SK Chabang Empat

TUMPAT, 12 Julai - Perpustakaan Tengku Anis, Kampus Kota Bharu (PTAKKB) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Universiti (USR) SK Chabang Empat yang bermula pada jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari bertempat di Dewan Temenggong, SK Chabang Empat pada 22 Jun 2023.

Objektif program ini adalah untuk memberi transformasi kepada pusat sumber sekolah dengan melengkapkan kemudahan koleksi dan fizikal pusat sumber, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menghasilkan semangat yang positif, meningkatkan kemahiran membaca serta menggunakan maklumat bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Peserta yang terlibat adalah pelajar darjah 6 sekolah tersebut seramai 60 orang dan antara aktiviti yang dilakukan adalah program Speed Reading yang disampaikan oleh Rosmariyati Ab Rahman, Pustakawan Kanan PTAKKB dan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan PTA serta aktiviti Quizizz Game dan aktiviti santai yang lain.

Penyedia Laporan:
Puan Rosmariyati Bt Ab Rahman
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Tengku Anis UiTMCK, Kampus Kota Bharu