Aktiviti Kecergasan Polis Bantuan UiTM KB

TUMPAT, 10 Julai - Aktiviti Kecergasan Polis Bantuan Kampus Kota Bharu telah dijalankan di Pantai Geting, Tumpat pada jam 8:00 pagi - 11:00 pagi. Program berjalan lancar dengan kehadiran anggota Polis Bantuan yang terlibat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senaman regangan, larian pantai dan bola pantai. Lokasi dipilih luar dari kawasan kampus adalah untuk memberikan suasana yang berbeza bagi staf Polis Bantuan yang bekerja 24 jam secara giliran syif di kampus (happiness index). Aktiviti ini meningkatkan kecergasan, badan yang sihat dan mengekalkan BMI masing-masing. Semasa program diadakan, tugas kawalan keselamatan kampus tetap berjalan dengan baik oleh anggota yang bertugas.

Penyedia Laporan:
INSP/PB Raziyah Noruddin
Penolong Pegawai Keselamatan Kanan