Majlis Penyampaian Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 27 Jun - Seramai 55 staf Akademik dan Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan diraikan dalam Majlis Penyampaian Surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 yang telah diadakan pada 26 Jun 2023.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan bertempat di HRD (A) UiTM Cawangan Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, YBrs. Dr. Norzieha Mustapha, YBrs. Encik Hishamudin Mohd Twontawi, Timbalan Pendaftar Kanan dan Barisan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Kelantan.

Rektor berharap agar semua penerima anugerah rasa bersyukur dan mengekalkan momentum demi kecemerlangan kita bersama. Beliau juga menyuarakan bahawa penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan tauladan kepada staf yang lain.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga UiTM Cawangan Kelantan terus cemerlang.

Penyedia Laporan:
Puan Wan Noor Azwani Wan Abd Rasid
Pegawai Eksekutif
Bahagian Pentadbiran