Minggu Kelestarian Kampus Hijau UiTMCK (MiKKH 2022)

MACHANG, 26 Disember - Minggu Kelestarian Kampus Hijau UiTMCK (MiKKH 2022) merupakan sebuah program rangkuman aktiviti kelestarian kampus dan diharap menjadi acara tahunan. Penganjuran buat kali kedua ini adalah sempena sambutan Festival Kelestarian Kampus Hijau di seluruh sistem UiTM anjuran UiTM Green Center (UGC) sejak penubuhan pusat ini di UiTM. MiKKH 2022 diharap akan memberi impak positif terhadap seluruh warga kampus sama ada staf atau mahasiwa Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan secara keseluruhan sebagai gerakan inisiatif mampan di bawah unit ini.

Penganjuran MiKKH 2022 kali ini masih memberi fokus dan penekanan terhadap pengisian program ke arah pendidikan dan kesedaran akan tanggungjawab penjagaan alam sekitar terutama dalam konteks kesedaran kepentingan amalan 3R serta matlamat UiTMCK sebagai Green Campus iaitu ke arah ekosistem kampus lestari. Mempunyai beberapa siri aktiviti yang telah dikumpulkan seperti kempen poster, pameran seni dari bahan terbuang, aktiviti riadah & kesihatan, pelancaran kolej tanpa tong sampah, taklimat kesedaran amalan 3R serta promosi kempen wakaf pohon. MiKKH 2022 juga diharapkan dapat menjadi sebuah program tradisi berterusan dalam mempromosi UiTM Cawangan Kelantan ke arah ekosistem ‘Kampus Hijau’ menjelang 2025.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Bakeri Ab. Rahman
Penyelaras
Unit Kampus Hijau