Pameran “Waste To Art”

MACHANG, 26 Disember - Pameran “Waste To Art” adalah sebuah pameran mini anjuran Unit Kampus Hijau (UKH) dengan kerjasama Kolej Pengajian Seni Kreatif dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni UiTM Cawangan Kelantan sempena majlis Perasmian Tong Sampah 3R UiTMCK oleh YBhg. Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Hj. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM pada 20 Julai 2022 yang lalu. Pameran ini telah dijadualkan berlansung sehingga penghujung tahun 2022 sempena penganjuran Festival Kelestarian Kampus Hijau UiTM 2022. Pameran ini mempersembahkan karya-karya kreatif dari para pelajar KPSK dalam mengguna pakai bahan terbuang bagi penghasilan tugasan yang menarik dan unik.

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Bakeri Ab. Rahman
Penyelaras
Unit Kampus Hijau