PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR ATAS TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA
Tarikh Permohonan Zakat Atas Talian (E-Zakat):
- Buka : 19 April 2021 (Isnin)
- Tutup : 19 Mei 2021 (Rabu)
Tarikh Temuduga Zakat:
- Mula : 23 Mei 2021 (Ahad)
- Tutup : 07 Jun 2021 (Isnin)
Masa Temuduga Zakat:
- Pagi : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
- Petang : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Panel Penemuduga: Penyelaras Program Diploma dan Ijazah
Kaedah Temuduga:
- Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan mengambil maklum berkenaan status terkini penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia, justeru TIADA SESI TEMUDUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 20212-SESI 2 2020/2021 INI.
- Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga di dalam sistem E-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA. Temuduga hanya dijalankan pada hari AHAD, ISNIN, SELASA DAN RABU sahaja pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum).
- Pelajar hendaklah menghubungi Penyelaras Program masing-masing bagi urusan temuduga.
- Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara penggilan telefon atau atas talian (online).
- Kegagalan pelajar untuk menghubungi panel penemuduga pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Koordinator
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf
18 April 2021