Berhubung dengan pemakluman Pekeliling Naib Canselor Bil.31 tahun 2020 Pekeliling Pengurusan Projek Perundingan oleh Anak Syarikat Milik Penuh UiTM, bermula 01 April 2021 semua projek perundingan UiTM perlu didaftar dan dilaksanakan di UiTM TechnoVenture Sdn Bhd (UTVSB). Sehubungan itu, bermula 01 April 2021 semua projek perundingan yang dijalankan di UiTM Kampus Cawangan perlu didaftarkan dan diuruskan oleh UTVSB. Perunding hendaklah membuat pendaftaran projek secara atas talian melalui sistem i'CONS di pautan berikut : https://daisy.uitm.edu.my/icon/sys-home.php. Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran projek perundingan adalah surat tawaran oleh klien dan borang kelulusan yang ditandatangai oleh Rektor yang dilampirkan bersama-sama dengan carta alir proses pendaftaran projek perundingan sebagai rujukan.
Untuk makluman, pengurusan projek perundingan akan diuruskan sepenuhnya oleh UTVSB dan dana yang diperolehi bagi setiap projek perundingan dinasihatkan agar dimasukkan terus ke dalam akaun UiTM Technoventure Sdn Bhd seperti berikut :
No Akaun : 562106719157
Nama Akaun : UiTM Tenchoventure Sdn Bhd
Bank : Maybank Berhad
Segala tuntutan projek perlu dibuat secara terus kepada UTVSB melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Borang-borang yang berkaitan dengan tuntutan projek juga boleh didapati melalui pautan google drive berikut:
https://drive.google.com/file/d/17V4ZNR81RK8p7NQ1LUF1fXVedgB7FKOB/view?usp=sharing
Sebarang permasalahan dan kemusykilan boleh berhubung dengan Mrs. Noorfadzlina Fadzil: 012-6996460/This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Abdul Raffar Mohamad Idin: 017-559 7341/This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Siti Hanum A. Rahman: 013-939 9920/This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Borang-borang yang berkaitan:
Carta Alir Proses Pendaftaran Perundingan
Consultancy Financial Form https://drive.google.com/drive/folders/18LoXUL3GMX7EjvGl8mRzfFW-5OKsxSTJ