Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Teknologi MARA

MACHANG, 21 Julai 2022 - Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Majlis Perasmian Kitar Semula Selaras dengan Performance Indicators (PI P107) 2022 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Machang bertujuan untuk kelestarian kampus dengan mengadakan 5 lokasi pusat tong sampah kitar semula di UiTM Cawangan Kelantan.

UiTM telah menubuhkan UiTM Green Centre (UGC) yang selari dengan plan strategik universiti 2020 - 2025.

Unit ini juga ditubuhkan di cawangan-cawangan seluruh negara untuk menyokong aktiviti dan program-program yang berkaitan.

UGC telah memperkenalkan beberapa fokus utama antaranya adalah Setting and Infrastructure, Waste, Water dan lain-lain. 

UiTM sentiasa komited untuk memastikan universiti sentiasa ke hadapan bagi menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia ke arah menjadikan Malaysia Lestari 2030 yang berteraskan pengukuhan tadbir urus, pertumbuhan hijau, kolaborasi strategik dan keterangkuman sosial.

Bagi menyokong visi dan komitmen Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia ke arah menjadikan Malaysia Lestari 2030 tersebut, Malaysia juga meletakkan sasaran jangka masa panjang, antaranya:

Pertama, kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu sebanyak 31 peratus menjelang tahun 2025 dan 40 peratus menjelang tahun 2035.

Kedua, mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus liputan hutan negara.

Ketiga, melaksanakan kaedah natural-based solution seperti menanam 100 juta batang pokok dan meningkatkan kadar kitaran semula kepada 40 peratus menjelang tahun 2025.

Inisiatif pertama dan ketiga adalah berkait rapat dan telah dilaksanakan di universiti kita serta sedang giat diushakan untuk penambahbaikan melalui pelbagai usaha dan inisiatif baik di peringkat pengurusan tertinggi universiti atau di kampus-kampus UiTM seluruh Malaysia.

Kesedaran tentang kitar semula bukan lagi merupakan suatu pilihan, sebaliknya kewajipan semua untuk dibudayakan dalam kehidupan seharian bagi memastikan masa depan alam sekitar terjamin.

Semoga program ini mampu memberi impak dan inspirasi kepada pelajar dan staf UiTM untuk sentiasa aktif, terutamanya dalam menjaga persekitaran dan kitar semula barangan untuk kebaikan masa depan.

#UiTMGreenCentre

#KeyPerformanceIndicatorsUiTMCK

#UiTMDihatiku

#UiTMCawanganKelantan