Bersama-sama hadir dan memeriahkan Program Jelajah Kehakiman di Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan pada 4 & 5 Ogos 2022 dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang.
- Terdapat pelbagai program antaranya kaunter perkhidmatan dari Badan Kehakiman Malaysia seperti Kaunter e-Kehakiman, Kaunter e-Lelong, Kaunter Pesuruhjaya Sumpah, Kaunter e-Court Finance dan Kaunter MYC2C (Dari Bilik Bicara ke Bilik Darjah)
- Terdapat juga pelbagai program dari agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain seperti Kaunter Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negera, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Penjara Malaysia, Majlis Peguam Malaysia dan DAPAT Vista (M) Sdn Bhd (bagi sistem e-Jamin).
- Pembukaan kaunter dan pameran oleh agensi-agensi luar yang terlibat seperti perkhidmatan khidmat nasihat perundangan, carian kebankrapan, pemeriksaan kesihatan, semakan dan pembayaran saman trafik, penjualan produk serta pelbagai lagi perkhidmatan dan produk lain yang di tawarkan.
- Amalkan SOP terkini fasa peralihan ke endemik.
Semua warga dan orang ramai dijemput hadir!