FSKM Alumni Talk Series: “What Software Development Means to You?”

MACHANG, 15 Jun - Program FSKM Alumni Talk Series bertemakan “What Software Development Means to You?” telah berlangsung secara maya. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) telah diadakan dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni serta persatuan pelajar Diploma Sains Komputer iaitu Science Computer Society (SCiCo) dan persatuan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Technology Community (ITComm). Ianya telah disertai oleh para pelajar, khususnya para pelajar yang mengambil kursus Information System Development dan Information Systems Engineering, UiTM Cawangan Kelantan. Penceramah jemputan merupakan alumni FSKM UiTM Cawangan Kelantan iaitu Cik Najihah Salsabila Ishak yang bekerja sebagai Software Tester di Hitachi eBworx Sdn. Bhd. dan Cik Nur Aisyah Sadirah Aladi yang kini bekerja sebagai Software Developer di Merimen Online Sdn. Bhd. Seramai 76 orang pelajar dan beberapa orang pensyarah terlibat sebagai perserta perkongsian dari alumni-alumni FSKM UiTM Cawangan Kelantan. Pelbagai isu berjaya dikupas seperti Software Quality Assurance, Application Development, Coding, Testing the System, Documentation, Training and Data Conversion. Selain itu, para alumni juga berpeluang berkongsi mengenai senario untuk Deployment Activities dalam Software Development. Pelajar-pelajar turut berkesempatan mendapatkan pendapat mengenai tren pekerjaan dalam bidang Software Development serta peluang dalam latihan industri.