
Machang – Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, YBhg. Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani, menyatakan hasrat untuk menubuhkan Kerusi A. Kadir Adabi di universiti berkenaan sebagai tanda penghargaan terhadap tokoh pemikir, pengarang dan nasionalis terkemuka dari negeri Kelantan itu.
Pengumuman bersejarah tersebut dibuat semasa beliau merasmikan Syarahan Perdana A. Kadir Adabi yang disampaikan oleh Canselor Kolej Universiti Inovatif Selangor, YBhg. Dato’ Kapten (B) TLDM Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob, bertempat di Bilik HRD (A), UiTM Kampus Machang, semalam.
Artikel Penuh: UiTM Kelantan Cadang Tubuh Kerusi A. Kadir Adabi

