UiTM Machang Perkasa Program Pra Diploma Bantu Pelajar Luar Bandar

MACHANG, 12 Okt (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Machang akan memperkasakan pelaksanaan Program Pra Diploma bagi membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas kemasukan ke universiti awam.

Rektor UiTM Cawangan Kelantan Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani berkata program itu memberi tumpuan kepada penguasaan tiga subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang menjadi syarat utama kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Artikel Penuh: UiTM Machang Perkasa Program Pra Diploma Bantu Pelajar Luar Bandar

© 2025 BERNAMA