Kota Bharu: "Saya sedih kerana Angah tidak dapat menerima sendiri sijil ijazah di atas pentas sebagaimana yang diimpikan selama ini disebabkan dia kini terlantar separuh koma akibat serangan radang otak sejak lebih dua tahun lalu," kata Azizon Ab Hamid, 48.
Azizon berkata, pada 29 April lalu, dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang memaklumkan untuknya mewakili anaknya, Azreen Afiza Azahari, 25, menerima sijil Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101, Khamis ini.
Katanya, hatinya sebak apabila memikirkan keadaan Azreen Afiza atau lebih mesra disapa Angah kerana menjadi impiannya untuk memegang skrol ijazah selepas berhempas pulas belajar, namun ditakdirkan dia terlantar di saat rakan-rakan yang lain meraikan kejayaan.
Artikel Penuh: Anak masih koma, ibu sedih wakil ambil ijazah di UiTM
© 2025 Harian Metro, New Straits Times Press (M) Bhd (Co. No. 196101000449 / 4485 H).