MACHANG, 15 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan sebanyak 351,369 perniagaan dalam talian berdaftar dengan agensi itu sehingga 30 April, sekaligus menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh lima tahun lepas.
Timbalan Ketua Eksekutif (Kawal Selia dan Penguatkuasaan) SSM Amir Ahmad berkata trend itu didominasi oleh usahawan muda berusia 35 tahun kebawah.
"Daripada jumlah itu, 77,540 peniaga terdiri daripada golongan pelajar, termasuk kira-kira 9,000 pelajar dari Kelantan yang mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM" katanya bersama Bernama selepas merasmikan Program Mahasiswa dan Masa Depan: Cabaran Kerjaya dan Keusahawanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan disini hari ini.
Artikel Penuh: SSM Galak Mahasiswa Jadi Usahawan, Lebih 300,000 Perniagaan Dalam Talian Sudah Berdaftar
© 2025 BERNAMA