Sulam Kasih ‘air tangan’ terbaharu penghuni PPA Machang

MACHANG - Corak batik yang dinamakan sebagai Sulam Kasih menjadi ‘air tangan’ terbaharu yang dihasilkan oleh penghuni Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang di sini. 

Pengarahnya, Mohd. Nasir Yusof berkata, bermotifkan alam semula jadi itu merupakan produk kedua yang dihasilkan oleh penghuni selepas corak Khonyok Mache.

Menurutnya, penghasilan produk ini merupakan berkolaborasi antara PPA Machang dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang dalam mendapatkan kepakaran dari segi rekaan corak dan sebagainya.