PPA Machang sasar jualan batik hampir RM400,000

MACHANG, 5 Februari - Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang menyasarkan jualan hasil tekstil batik daripada penghuni penjara bagi tahun ini berjumlah hampir RM400,000.

Pengarahnya Mohd Nasir Yusof berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan strategi pemasaran dan kualiti corak batik yang diketengahkan iaitu batik 'Khonyok Mache' dan 'Sulam Kasih'.

Beliau berkata, tahun lalu PPA Machang berjaya mengumpul RM126,000 jualan batik yang dihasilkan penghuni penjara.

Artikel penuh: 

https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/56658-ppa-machang-sasar-jualan-batik-hampir-rm400-000
 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Radio Televisyen Malaysia.