PELANCARAN TABUNG ALUMNI PRIHATIN RM5 DI UiTM CAWANGAN KELANTAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Jaringan Alumni (ANC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melancarkan Tabung Alumni Prihatin RM5 pada Julai 2021 bagi tujuan membantu kelangsungan pengajian mahasiswa UiTM seluruh negeri. Bantuan ini adalah khusus untuk mengurangkan beban para pelajar yang terkesan dengan Pandemik COVID-19.
Sumbangan serendah RM5 boleh disalurkan melalui pautan https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAD1/02/289
Resit sumbangan akan dijana secara automatik bagi setiap sumbangan tersebut.
Keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
#PusatJaringanAlumni(ANC)
#PejabatJaringanIndustri&AlumniUiTMCK
#alumniUiTMprihatin