SISTEM JANJI TEMU ONLINE PTA UiTM CAWANGAN KELANTAN SEPANJANG TEMPOH PKP
Pengguna boleh membuat janji temu untuk berurusan dengan Perpustakaan Tengu Anis UiTM Cawangan Kelantan melalui pautan di bawah:
https://www.picktime.com/TemujanjiPTAUiTMCK
TERMA & SYARAT
▪️ Janji temu ini adalah untuk PENGGUNA PTA sahaja (Staf UiTM Cawangan Kelantan atau Pelajar UiTM Cawangan Kelantan yang berada di kolej-kolej di dalam kampus).
1. Janji temu ini tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk merentas negeri/ daerah.
2. Pilih tarikh dan slot masa mengikut waktu operasi kaunter rasmi iaitu 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
3. Pemohon boleh membuat janji temu melalui SISTEM TEMUJANJI ONLINE PTA UiTM CAWANGAN KELANTAN SEPANJANG TEMPOH PKP (https://www.picktime.com/TemujanjiPTAUiTMCK)
4. Pemohon adalah bertanggungjawab kepada arahan–arahan yang ditetapkan serta tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP/PKPB Majlis Keselamatan Negara, Pekeliling Naib Canselor dan arahan yang sedang berkuatkuasa.
5. Pemohon yang mempunyai simptom seperti demam, selsema, dan batuk tidak dibenarkan hadir untuk berurusan di Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan.
6. Adalah diingatkan bahawa pengguna yang hadir ke Perpustakaan Tengku Anis dikehendaki untuk mematuhi semua prosedur dan SOP yang telah ditetapkan seperti:
i. Pemakaian pelitup muka yang betul
ii. Mencuci tangan (guna hand sanitizer atau sabun)
iii. Imbas suhu badan
iv. Menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain
v. Penggunaan ruang aras bawah sahaja yang dibenarkan.