Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan SSM yang pendaftarannya masih berkuatkuasa di bawah kod bidang berkenaan bagi menyertai sebut harga berikut:
Dokumen Meja Sebut Harga mula dipamer pada 26/03/2023 (Ahad) di Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 18500 Machang, Negeri Kelantan Darul Naim pada waktu pejabat Ahad - Rabu 8:15 pagi – 4:45 petang dan Khamis 8:15 pagi - 3:00 petang.
Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 29/03/2023 (Rabu) jam 10:00 pagi di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengurusan Fasiliti, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 18500 Machang, Negeri Kelantan Darul Naim.
Tawaran Sebut Harga akan ditutup pada 19/04/2023 (Rabu) jam 12:00 tengah hari.