Permohonan Zakat Dalam Talian Bagi Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Permohonan Zakat (e-Zakat):

  • Buka    : 27 Mac 2023 (Isnin)
  • Tutup   : 09 April 2023 (Ahad)

Tarikh Temu Duga Zakat:

  • Mula    : 10 April 2023 (Isnin)
  • Tutup   : 23 April 2023 (Ahad)

Masa Temu Duga Zakat:

  • Pagi     : 9:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
  • Petang : 2:30 Petang - 4:30 Petang

Panel Penemu Duga: Penyelaras Program Diploma dan Ijazah

Kaedah Temu Duga:

  1. Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan mengambil maklum berkenaan kekangan masa dan tempat dalam kalangan mahasiswa dan panel penemu duga, justeru TIADA SESI TEMU DUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 2023 - SESI 2 2022/2023 ini.
  2. Pelajar diminta untuk memilih tarikh temu duga dalam sistem e-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMU DUGA. Temuduga hanya dijalankan pada hari AHAD, ISNIN, SELASA, DAN RABU pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum).
  3. Pelajar hendaklah menghubungi Penyelaras Program masing-masing bagi urusan temu duga.
  4. Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMU DUGA akan ditemu duga secara panggilan telefon atau dalam talian (online).
  5. Kegagalan pelajar untuk menghubungi panel penemu duga pada tarikh temu duga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.

Untuk pertanyaan boleh hubungi: Dr. Shahrizal Mahpol (0179295370)

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Dr. Mohd Nazri Mat Zin
Koordinator
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf
22 Mac 2023