Program Galakan Membaca Read@UiTM "Top 3 Best EBook - My Choice"

PROGRAM GALAKAN MEMBACA READ@UiTM "TOP 3 BEST EBOOK - MY CHOICE"

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan PROGRAM GALAKAN MEMBACA READ@UITM "TOP 3 BEST EBOOK - MY CHOICE" seperti butiran berikut:

🗓️ Tarikh : 16 Oktober - 16 Disember 2022
🔗 Pautan : https://kelantan.library.uitm.edu.my/pages/puitm-kelantan/upcoming-event/latest-at-ptar/107-announcement/532-program-galakan-membaca

Terma dan syarat penyertaan:

1. Pemilihan 3 judul e-Book boleh diakses melalui
https://kelantan.library.uitm.edu.my/
Klik MYKM > Sign In (Gmail UiTM) > Admin > PTAR APPS > Portal e-Book

2. Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori iaitu kategori staf dan pelajar.

3. Setiap pelajar/ staf berhak menghantar satu penyertaan sahaja. Karya mestilah asli dan belum pernah dihantar di mana-mana pertandingan sebelum ini.

4. Setiap penyertaan akan dimuat naik ke Channel YouTube PTA.

5. Durasi video adalah sekitar 2-5 minit.

6. Format pemarkahan : 45 markah juri dan 5 markah jumlah 'likes' yang diperolehi.

7. Video persembahan yang dimuat naik perlu mengandungi maklumat berikut:
-Pengenalan diri peserta (Nama, Kod program, Fakulti)
-Tiga e-Book pilihan peserta
-Ulasan kandungan 3 e-Book
-Mempromosi kenapa pengguna lain patut membaca e-Book tersebut

8. Klik pautan di bawah untuk menyertai:
http://qr.library.uitm.edu.my/2vng

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

📞 Puan Nordelina: +6011-10651982

Penglibatan dan kerjasama daripada semua warga amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Stay connected on our social media
https://linktr.ee/ptauitmck

#Read@UiTM
#UiTMDihatiku
#UiTMCawanganKelantan
#LibraryForAll
#PerpustakaanTengkuAnis