Perkongsian Ilmu Slot Khas Bicara Tokoh Sempena Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Oktober 2022 - Februari 2023: Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Bin Haji Che Salleh, Pengerusi Lembaga Universiti Malaysia Kelantan

MACHANG, 12 Oktober – Jawatankuasa Minggu Destini Siswa bagi sesi Oktober 2022 - Februari 2023 telah berjaya menganjurkan Program Bicara Tokoh yang bertajuk ‘Merdekakah Kita Hari Ini?’ pada 5 Oktober 2022. Program ini telah disampaikan oleh Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Haji Che Salleh selaku Pengerusi Lembaga Universiti Malaysia Kelantan. Program ini turut dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada Pengurusan Kanan Universiti Malaysia Kelantan antaranya adalah Prof. Dr. Razli bin Che Razak, selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah dan En. Khairul Eruwan bin Abdul Halim selaku Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan. Kehadiran rombongan ini telah disambut oleh Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi  dan Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Kelantan. Program ini berlangsung selama dua (2) jam, termasuk dengan sesi soal jawab. Seramai 2058 orang pelajar baharu telah mendapat inspirasi dan motivasi daripada perkongsian tersebut.

 

Penyedia Laporan:
Puan Che Azlina Che Pa
Pegawai Psikologi Kanan/ Merangkap Penyelaras Program
Unit Kerjaya & Kaunseling