MACHANG, 21 Ogos - Pihak Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan rasmi Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM Shah Alam, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad bersama delegasi Bahagian Transformasi Universiti (BTU) UiTM Shah Alam serta delegasi Unit Endowmen yang diketuai Prof. Madya Dr. Aruan Efendy Mohd Ghazali pada 11 Ogos 2022. Tetamu terlebih dahulu dibawa untuk ke sesi bergambar bersama Rektor UiTM Cawangan Kelantan dan menandatangai buku pelawat di hadapan Rektor secara rasmi sebagai tanda kenangan kehadiran ke UiTM Cawangan Kelantan. Kunjungan Penolong Naib Canselor (PNC) bersama delegasi Bahagian Transformasi Universiti (BTU) serta delegasi Unit Endowmen adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak kampus bagi melaksanakan Pelan Strategik UiTM2025 serta membantu pihak kampus mencapai sasaran bagi melaksanakan Pelan Strategik UiTM2025.
Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan UiTM Cawangan Kelantan berkaitan Pencapaian UiTM-GRU2025, Cabaran Kampus, dan Status Penjanaan Pendapatan Kampus oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan.
Program telah diteruskan dengan ucapan balas dan pembentangan Strategi Tindakan UiTM-GRU2025 & Penjanaan Pendapatan oleh Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi).
Di samping itu, pembentangan Unit Endowmen UiTM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aruan Efendy Mohd Ghazali juga telah dijalankan. Pembentangan Unit Endowmen UiTM kemudiannya telah diteruskan oleh Ts. Elmi Alif Azmi, Dr. Mohd Suffian Sulaiman dan Prof. Madya Dr. Haji Mohamad Faizul Yahya. Unit Endowmen UiTM telah berkongsi mengenai peranan dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Sesi lawatan kerja ini telah diteruskan dengan mengunjungi tapak projek penjanaan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang iaitu di Ladang Nanas Bukit Ilmu dan ke Kota Bharu 3D Art & Heritage Centre.
Lawatan kerja Penolong Naib Canselor (Strategi) bersama delegasi Bahagian Transformasi Universiti (BTU) serta delegasi Unit Endowmen UiTM bersama Pengurusan Kanan UiTMCK juga telah dijadikan ruang bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak-pihak yang terlibat demi memastikan kecemerlangan UiTM dalam pelbagai aspek.
Penyedia Laporan:
Dr. Muhammad Firdaus Mustapha
Penyelaras Strategik & Transformasi Universiti
Unit Transformasi Universiti