TUMPAT, 12 Februari - Telah berlangsung lawatan kerja YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA ke Pulau Suri, Gugusan Kepulauan Tumpat, Kelantan.
Pulau Suri merupakan salah satu pulau di antara 10 pulau yang terdapat di Gugusan Kepulauan Tumpat. UiTM Cawangan Kelantan yang diketuai Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (PJIA), SCDC UiTM Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat telah bekerjasama untuk membangunkan kepulauan ini bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk di pulau ini dengan memanfaatkan sumber-sumber alam di pulau tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan pembangunan yang telah dilaksanakan di kepulauan tersebut bagi menjayakan Projek Komuniti Berasaskan Pelancongan.
Hadir sama dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi), YBrs. Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Dr. Syerina Azlin Md Nasir, Tim. Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni serta wakil dari Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat iaitu En. Wan Muhammad Faiz Wan Mamat, Pen. Ketua Jajahan, Kamarudin Ab Aziz, Penggawa Sungai Pinang dan barisan Ahli Jawatankuasa Projek iaitu Dr. Hatinah Abu Bakar (Koordinator ICAN), Dr. Nurazleena Ismail, Mohd Saipuddin Hasbullah dan Mohammad Faiz Abdul Razak serta pihak pengurusan UiTM Cawangan Kelantan.