'Dreams to Reality Night'

'Dreams to Reality Night'

KOTA BHARU, 20 Januari - Program Dreams to Reality Night merupakan majlis makan malam tahunan anjuran Kelab Keusahawanan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu yang telah berlangsung pada 10 Januari 2026 bertempat di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu.

Program ini dianjurkan sebagai platform berprestij untuk menghimpunkan ahli kelab, barisan penasihat, alumni serta wakil industri dalam suasana profesional dan harmoni. Selain berfungsi sebagai majlis penghargaan terhadap sumbangan dan pencapaian ahli kelab sepanjang tahun, program ini turut bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta kerjasama strategik antara pihak universiti dan agensi luar.

Antara pengisian utama program ialah sesi forum keusahawanan bertajuk “Realiti Usahawan Alaf Baharu” yang menampilkan panel jemputan daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) serta usahawan alumni UiTM. Sesi ini memberi pendedahan berkaitan cabaran, peluang dan hala tuju dunia keusahawanan semasa, sekali gus meningkatkan kefahaman, motivasi dan keyakinan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif penganjuran dan memberi impak positif terhadap pembangunan sahsiah, kepimpinan serta jaringan profesional dalam kalangan peserta.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Aida Adriana Mohd Nazori
Setiausaha 
Kelab Keusahawanan
UiTM Cawangan Kelantan