'Bubble Splash Run'

'Bubble Splash Run'

KOTA BHARU, 23 Disember - Program Bubble Splash Run dianjurkan oleh Finceptive dengan kerjasama Econbiz dan IBAC pada 6 Disember 2025, pada pukul 8 pagi di perkarangan UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Kota Bharu.

Program ini telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid dan disertai oleh para peserta dalam kalangan pelajar UiTMCK sendiri dan komuniti luar. Penyertaan ini menunjukkan sambutan yang memberangsangkan terhadap penganjuran aktiviti berasaskan kesihatan dan komuniti.

Larian pada hari tersebut dimeriahkan dengan elemen buih dan penggunaan serbuk berrwarna-warni yang menceriakan lagi suasana dan memberikan pengalaman unik kepada para peserta. Walaupun hujan turun ketika pertengahan program berlangsung, namun para peserta tetap bersemangat untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat.

Keceriaan dan keseronokan terpancar apabila para peserta mengakhiri larian dengan mengambil gambar bersama pingat dalam limpahan buih dan percikan warna, sekali gus menjadikan program ini lebih interaktif. Program ini turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah sebagai penutup acara yang berlangsung dengan lancar dan teratur.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Koordinator iCEPS
UiTM Cawangan Kelantan