iCEPS UiTM Cawangan Kelantan Memperkasa Program Secara Separuh Masa di Kota Bharu

iCEPS UiTM Cawangan Kelantan Memperkasa Program Secara Separuh Masa di Kota Bharu

KOTA BHARU, 23 Disember - Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan telah membuka sebuah booth promosi pada 15 dan 16 Disember 2025 bertempat di AEON Mall, Kota Bharu.

Penganjuran ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta menarik minat lepasan graduan dan golongan bekerja yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa melalui kelas hujung minggu dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada peringkat Diploma mahupun Sarjana Muda.

Program ini diketuai oleh Koordinator iCEPS, Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani, dengan sokongan Dr. Julaina Baistaman, Puan Nur Atikah Muhammad, Puan Asma Shazwani Shari dan Encik Zaihan Usman @ Othman.

Program yang dijalankan menerima sambutan yang menggalakkan apabila ramai pengunjung singgah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program pengajian yang ditawarkan. Penerangan yang jelas, mesra dan terperinci telah membantu meningkatkan kesedaran dan keyakinan pengunjung dalam memperoleh maklumat berkaitan iCEPS.

Usaha promosi secara bersemuka ini terbukti berkesan dalam memperkukuh imej iCEPS UiTM Cawangan Kelantan sebagai sebuah pusat pengajian separuh masa yang berkualiti dan berdaya saing.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Koordinator iCEPS
UiTM Cawangan Kelantan